Diterbitkan pada 19 Julai 2024, 17:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) menganjurkan Seminar e-Invois Bersepadu bagi tujuan mempromosikan pelaksanaan e-Invois serta memastikan aspirasi kerajaan ke arah pendigitalan pentadbiran cukai dapat direalisasikan di Menara HASiL Petaling Jaya, semalam.

Seminar kolaboratif anjuran bersama HASiL Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Cawangan Pembayar Cukai Besar disambut meriah dengan penyertaan kira-kira  400 wakil syarikat yang terdiri daripada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta di sekitar Lembah Klang.

Sebahagian daripada 400 wakil syarikat yang menyertai seminar ini.

Penganjuran seminar ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada kumpulan sasar bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada HASiL dalam memastikan pelaksanaan e-Invois ini mencapai objektifnya sekali gus memacu pertumbuhan sosioekonomi negara.

Antara lain program ini merupakan satu daripada aktiviti pendidikan dan libat urus oleh HASiL dalam menjayakan pelaksanaan e-Invois fasa pertama yang akan bermula pada 1 Ogos 2024 nanti.

Yang turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Shaharrudy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), barisan panel jemputan Project Management Consultant Ernst & Young yang terdiri daripada Encik Yeap Bee Aik, Encik Adrian Lim dan Encik Chua Meng Hui. Sesi Taklimat e-Invois disampaikan oleh YBrs. Dr. Rasyidah Che Rosli, Pengarah Seksyen Bahagian e-Invois.

Sebagai rujukan kepada pembayar cukai, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 3.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.2) telah dimuat naik di portal rasmi HASiL menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pelaksanaan e-Invois dan Portal MyInvois boleh disalurkan melalui:

  • Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);
  • MyInvois Live Chat;
  • E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan
  • Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi