Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa portal MyTax telah dilengkapi dengan menu paparan penyata bayaran Cukai Pegangan dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang boleh diakses melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/ bermula pada 12 Jun 2024.
Menurut HASiL, paparan penyata bayaran ini melibatkan semua jenis bayaran Cukai Pegangan dan PCB yang dibuat mulai 1 Januari 2024 melalui semua saluran bayaran cukai yang disediakan.
Semakan ke atas bayaran yang telah dibuat boleh dilakukan melalui penyata yang dijana berdasarkan peranan MyTax yang ditetapkan.
Selain itu menurut HASiL, fungsi cetakan resit bayaran cukai pegangan dan PCB turut disediakan dan pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut secara dalam talian.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklum balas, sila hubungi HASiL seperti yang berikut: