Diterbitkan pada 4 Julai 2024, 16:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa portal MyTax telah dilengkapi dengan menu paparan penyata bayaran Cukai Pegangan dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang boleh diakses melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/ bermula pada 12 Jun 2024.

Menurut HASiL, paparan penyata bayaran ini melibatkan semua jenis bayaran Cukai Pegangan dan PCB yang dibuat mulai 1 Januari 2024 melalui semua saluran bayaran cukai yang disediakan.

Semakan ke atas bayaran yang telah dibuat boleh dilakukan melalui penyata yang dijana berdasarkan peranan MyTax yang ditetapkan.

Selain itu menurut HASiL, fungsi cetakan resit bayaran cukai pegangan dan PCB turut disediakan dan pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut secara dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklum balas, sila hubungi HASiL seperti yang berikut:

  • Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara);
  • HASiL Live Chat;
  • Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL melalui pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi