Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa boleh dibuat mulai 4 Mac 2024 secara dalam talian menerusi perkhidmatan “e-Sekatan Perjalanan” yang boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.
Permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan ini hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria seperti berikut:
Bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan. Permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.
Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASiL berhampiran atau HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000. Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim permohonan pembatalan sekatan perjalanan melalui e-Sekatan Perjalanan di Portal Rasmi HASiL.