2 April 2024, 21:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa boleh dibuat mulai 4 Mac 2024 secara dalam talian menerusi perkhidmatan “e-Sekatan Perjalanan” yang boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.

Permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan ini hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria seperti berikut:

  • Sekatan perjalanan melibatkan individu warganegara Malaysia;
  • Sekatan perjalanan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967;
  • Selain sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pengarah syarikat; dan
  • Membuat bayaran penuh amaun tunggakan cukai.

Bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan. Permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASiL berhampiran atau HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000. Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim permohonan pembatalan sekatan perjalanan melalui e-Sekatan Perjalanan di Portal Rasmi HASiL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.