9 Februari 2024, 19:25
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Umum e-invois (Versi 2.2), Garis Panduan Spesifik e-invois (Versi 2.0) dan Software Development Kit (SDK) versi Beta telah dimuat naik ke laman mikro e-invois di Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
SDK tersebut menerangkan secara khusus berkenaan perkara seperti yang berikut:
Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun semua garis panduan dan SDK menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung SDK boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected].