9 Februari 2024, 19:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan Umum e-invois (Versi 2.2), Garis Panduan Spesifik e-invois (Versi 2.0) dan Software Development Kit (SDK) versi Beta telah dimuat naik ke laman mikro e-invois di Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

SDK tersebut menerangkan secara khusus berkenaan perkara seperti yang berikut:

  • Application Programming Interfaces (APIs)
  • Standard input dan output
  • Standard kod ralat
  • Penerangan jenis dokumen
  • Logik pengesahan
  • Jadual kod
  • Garis panduan integrasi
  • Soalan lazim (FAQ)

Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun semua garis panduan dan SDK menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois/. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung SDK boleh disalurkan menerusi e-mel [email protected].

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.