Diterbitkan pada 8 April 2026, 11:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini memulakan penyaluran bantuan tunai BUDI MADANI Diesel berjumlah RM300 kepada pemohon layak bagi fasa April 2026.

Pembayaran pada 8 April dikhususkan kepada pemohon yang mengemukakan permohonan dalam tempoh 1 Mac hingga 31 Mac 2026.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kementerian, jumlah RM300 itu merangkumi bantuan sedia ada sebanyak RM200, serta tambahan RM100 di bawah inisiatif Bantuan Tambahan Interim.

Menurut MOF, pemberian tambahan RM100 diperkenalkan bagi membantu meringankan beban rakyat susulan tekanan kenaikan harga diesel akibat krisis tenaga global.

“Bagaimanapun, bantuan tambahan ini bersifat sementara dan akan dinilai semula setiap bulan berdasarkan kedudukan fiskal negara, serta perkembangan pasaran tenaga dunia,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, MOF turut mengeluarkan jadual pembayaran bagi tahun 2026 yang ditetapkan secara berkala. Pemohon pada bulan April dijadual menerima bayaran pada 8 Mei, manakala permohonan bulan Mei akan disalurkan pada 9 Jun.

Jadual tarikh pembayaran Bantuan Tunai BUDI DIESEL bagi tahun 2026.

Pengguna diesel yang memenuhi kriteria kelayakan disarankan membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi di budidiesel.gov.my bermula hari ini bagi mendapatkan manfaat BUDI MADANI Diesel.

Kredit Foto: Facebook Kementerian Kewangan
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi