Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBatu Caves – DMG Food Industries Sdn. Bhd. (DMG) menyasarkan 100,000 jualan biskut sempena pelaksanaan projek biskut raya menjelang pelancaran Butik Biskut DMG yang pertama di Malaysia.
Sasaran tersebut diumumkan pada Majlis Minum Petang Rasa-rasa Biskut Raya anjuran DMG yang berlangsung pada 9 Januari 2026 di Taman Industri Halal MARA (MHI).
Yang turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Kumpulan DMG Holding, YBhg. Dato’ Sri Muhammad Abdul Ghani dan Pengerusi DMG, YBhg. Datuk Dr. Hassan Saad bersama-sama wakil agensi kerajaan dan rakan strategik industri.
Menurut Datuk Dr. Hassan Saad, projek biskut raya yang dirancang sejak tahun 2023 kini direalisasikan hasil kerjasama pasukan yang mantap dengan pemasaran produk bukan sahaja tertumpu pada musim perayaan, malah sepanjang tahun.
Sementara itu, Dato’ Sri Muhammad Abdul Ghani berkata, pengeluaran biskut DMG diperkukuh dengan kemudahan kilang sedia ada di MHI, serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) selari dengan usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran produk baharu, pengiktirafan penasihat, serta pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU).
Pelancaran rasmi Butik Biskut DMG dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2026 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
