Diterbitkan pada 6 Disember 2025, 05:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2025 memberikan pengiktirafan kepada syarikat dan agensi yang yang memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi negara melalui prestasi cemerlang, inovasi dan potensi pertumbuhan yang mampan.

Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Equatorial malam tadi bertujuan meraikan para penerima anugerah melalui pelbagai kategori pengiktirafan yang menzahirkan sumbangan besar mereka kepada industri dan negara.

Penganjuran pada tahun ini membawa tema “Ketabahan, Kebangkitan, Kejayaan” yang melambangkan semangat perusahaan nasional mengharungi cabaran ekonomi, serta keupayaan untuk bangkit dengan strategi yang lebih berdaya saing. Hal ini seiring dengan aspirasi negara untuk memperkasakan perniagaan domestik ke arah nilai tambah yang lebih tinggi.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang turut menyampaikan anugerah kepada sebahagian penerima.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian LICTA 2025.

Dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Sekretariat LICTA, YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran menekankan bahawa pengiktirafan ini merupakan penghormatan kepada para peneraju industri yang membawa impak strategik kepada ekonomi negara.

Pengerusi Sekretariat LICTA, YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran ketika berucap dalam LICTA 2025.

Ujar beliau,

Para penerima anugerah pada malam ini merupakan antara penggerak utama masa hadapan Malaysia yang akan terus mendukung pembangunan negara melalui inovasi, kepimpinan dan ketahanan organisasi.

Sebanyak 45 penerima diumumkan secara keseluruhan yang melibatkan 21 syarikat kategori LICTA, lapan syarikat bagi Anugerah Potensi Cemerlang (OPA) dan 16 individu bagi Anugerah Kepimpinan Eksekutif Perintis (EVLA).

Anugerah Sumbangan Khas diberi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai menghargai peranan agensi itu dalam keselamatan awam dan kesiapsiagaan negara.

Bagi Anugerah Sahabat Penggalak Usahawan, pengiktirafan diberi kepada lima agensi utama yang menyokong pembinaan ekosistem keusahawanan negara, iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp.), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Dalam sektor industri, Anugerah Berlian dimenangi oleh Tamura Electronics (M) Sdn. Bhd..

Kategori Anugerah Platinum pula menyaksikan kejayaan tujuh syarikat, iaitu Afrima Consulting Engineer Sdn. Bhd., Barisan Samudera Sdn. Bhd., GME Greentech Sdn. Bhd., Rural Capital Berhad, Sam Lee 1970 (M) Sdn. Bhd., Union Profit Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd. dan Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd..

Anugerah Emas diberi kepada Ai Touch Sdn. Bhd., KHE Marketing Trading Sdn. Bhd., My SF Lorry Express Sdn. Bhd., OD Legacy Realty Sdn. Bhd., Pertima Trengganu Sdn. Bhd., Rego Tech Sdn. Bhd. dan  Sanctus International Sdn. Bhd.

Sementara itu, Anugerah Potensi Cemerlang (OPA) menobatkan lapan syarikat yang sedang meningkat naik, iaitu Alpha Lead (M) Sdn. Bhd., J Elites Advisory (M) Sdn. Bhd., JS Automotivation Enterprise (M) Sdn. Bhd., Kedai Ubat dan Perniagaan Fook Joo, Maxfil Malaysia Sdn. Bhd., May Yip Aesthetic Academy Sdn. Bhd., Red Oomph Technology Sdn. Bhd. dan The Moxie Sdn. Bhd..

Anugerah Kepimpinan Eksekutif Perintis (EVLA) pula diberi kepada 16 individu yang menyerlah dalam kepimpinan strategik dan transformasi organisasi. Penerimanya ialah YBhg. Komander (K) Profesor Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam Ibrahim, YBhg. Leftenan Kolonel (Lt. Kol.) Bersekutu (PA) Datuk Kam Choon Wah, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Goh Pei Kiat, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Liew Tzen Hsiung, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Lim Sen Tian, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Lim Sun Kah, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tan Boon Joo, YBhg. Dato Sri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, YBhg. Dato’ Desmond Kong Sieg Kien, Chan Chee Keong, Eric Yap Thien Siong, Kong Jon Yuen, Lim Yit Foon, Norshahid Abd Karim, Tan Boon Huat dan Tang Sin Hoon.

Antara tetamu kehormat yang turut menyerikan majlis termasuklah Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato’ Awang Bemee Awang Ali Basah dan Tengku Syarif Laksamana Perlis, YAM Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Antara tetamu kehormat yang hadir dalam LICTA 2025.

Yang turut hadir sama ialah Ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli; Pengerusi Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), YB Puan Wong Shu Qi; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Encik Abu Bakar Yusof; Ketua Pegawai Strategi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), YBrs. Dr. Rony Ambrose Gobilee dan Pengerusi Pemilihan LICTA, YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Lee Chee Weng.

LICTA bukan sekadar majlis anugerah, sebaliknya merupakan platform strategik yang menyatukan usahawan, pembuat dasar, agensi kerajaan, serta rangkaian industri bagi membuka ruang kerjasama, pembiayaan dan peluang pengembangan pasaran pada skala yang lebih luas.

Malam pengiktirafan ini diharap menjadi pemangkin kepada gelombang usahawan baharu, transformasi korporat dan pengembangan industri yang seterusnya memperkasakan ekonomi Malaysia pada persada global.

Kredit Foto: Mohamad Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi