Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – AICB Centre of Excellence (ACE) menganjurkan pameran Pages of ASEAN bermula pada 7 April hingga 30 April 2025 bertujuan untuk menonjolkan suara dan idea generasi muda dalam menggerakkan agenda pembangunan lestari di rantau Asia Tenggara.
Pameran ini dibuka kepada orang ramai pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Financial Services Library (FSL).
Antara tarikan utama pameran ialah ASEAN Future Sustainable Leaders (A-FSL), sebuah platform yang menghimpunkan pelajar sekolah menengah dan universiti dari seluruh negara ASEAN.
Melalui program ini, peserta diberi peluang membentangkan idea dan penyelesaian inovatif berkaitan dengan kelestarian, tumpuan khusus terhadap pendekatan “Kelestarian Inklusif”, pemikiran kitar hayat dan pendekatan sistematik dalam menangani isu kritikal seperti sisa makanan dan pencemaran plastik.

Selain penyertaan pelajar, pameran ini turut menampilkan pelbagai bahan visual dan interaktif yang memaparkan sejarah, pencapaian serta cabaran Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Melalui pameran ini, pengunjung dapat mendalami peranan ASEAN dalam mempromosikan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya yang mampan di rantau ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman rasmi AICB Centre of Excellence di: https://www.facebook.com/aicbcentreofexcellence