Diterbitkan pada 4 April 2025, 11:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pada zaman yang semakin maju dan mencabar ini, memiliki pelaburan dan simpanan tetap sangat penting bagi setiap individu. Pemilihan instrumen pelaburan yang terbaik dapat membantu seseorang memperoleh keuntungan yang stabil dan berbaloi walaupun ekonomi mengalami ketidaktentuan. Di Malaysia, dua pilihan yang sering mendapat perhatian ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank seperti CIMB Bank dan Bank Islam.

ASB ialah instrumen pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diuruskan oleh anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ASB terbuka khusus kepada golongan bumiputera sebagai alternatif simpanan dan pelaburan. Dalam ASB, pelabur membeli unit saham dan memperoleh pulangan dalam bentuk dividen dan bonus yang bergantung pada prestasi pelaburan PNB. Secara amnya, pulangan ASB adalah tinggi dan stabil.

Simpanan tetap pula merupakan produk perbankan yang memberikan kadar faedah tetap kepada pelabur dalam tempoh yang telah ditetapkan. Berbeza daripada akaun simpanan biasa yang faedahnya dikira secara harian dan dibayar setiap bulan, faedah simpanan tetap dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Kelebihan utama simpanan tetap ialah kepastian pulangan kerana kadar faedah telah ditetapkan sejak awal.

Perbandingan ASB dengan Simpanan Tetap

Analisis Pulangan Berdasarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Bagi membantu pelabur memahami potensi pulangan, berikut ialah analisis pulangan berdasarkan tahap simpanan selepas persaraan yang dicadangkan oleh KWSP:

Berdasarkan jadual di atas, ASB memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan simpanan tetap. Sebagai contoh, bagi Simpanan Asas RM390,000, ASB memberikan pulangan RM1,625 sebulan, manakala simpanan tetap hanya RM813 sebulan.

Namun demikian, pelabur harus ingat bahawa had maksimum pelaburan dalam ASB ialah RM300,000. Oleh itu, pelabur boleh mempertimbangkan portfolio tambahan seperti Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) untuk meningkatkan jumlah pelaburan mereka.

Kedua-dua instrumen pelaburan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan yang terbaik bergantung pada matlamat kewangan, tahap risiko yang sanggup diambil serta kadar pulangan yang diinginkan.

Kesimpulannya, ASB lebih sesuai bagi pelabur yang ingin pulangan tinggi dan sanggup menerima risiko sederhana manakala simpanan tetap lebih sesuai bagi mereka yang mahukan pulangan tetap dan mengutamakan keselamatan modal. Pengguna harus bijak dalam memilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan keperluan dan objektif kewangan masing-masing.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi