Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Jaringan Pendidikan Kewangan atau Financial Education Network (FEN) akan menganjurkan pertandingan video pendek MyDuitStory (MDS5.0) yang memasuki edisi kelima pada tahun ini.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk memperkasakan belia dengan ilmu pengurusan kewangan bagi membolehkan mereka membuat keputusan kewangan yang lebih tepat semasa menggunakan pelbagai platform dalam talian.
Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mendedahkan generasi muda kepada pengurusan kewangan yang lebih efektif, mengelakkan mereka daripada berbelanja secara berlebihan, mampu untuk membezakan antara “keperluan” dengan “kehendak” serta perbelanjaan penting dan tidak penting.
Pertandingan ini juga mampu membantu mereka memahami kesan skim pembayaran dalam talian seperti Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL).
Tema MDS5.0 pada tahun ini ialah “The Swift Swipe – Navigating the Painless Payments” atau “Belanja Tanpa Beban, Belanja Berhemat”.
Yang berikut merupakan garis masa pelaksanaan pertandingan yang telah ditetapkan oleh penganjur:
Untuk penyertaan, pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun daripada institut pengajian tinggi awam dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KMP) termasuklah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis TVET Negara; Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); dan Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Hadiah wang tunai berjumlah RM23,000 menanti 15 pemenang bertuah untuk edisi MDS5.0 dengan pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM8,000; diikuti pemenang tempat kedua, RM5,000; tempat ketiga sebanyak RM3,000. 10 pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang RM1,000 setiap seorang.
Selain itu, universiti yang menyertai pertandingan ini dengan penyertaan yang terbanyak akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan “likes” terbanyak di Facebook (FB) dan Instagram (IG) akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000
Para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh melayari laman sesawang seperti berikut dan membuat pendaftaran untuk penyertaan.
Sekiranya para peserta mempunyai pertanyaan dan memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai perkara ini, mereka boleh menghubungi Puan Suhaila Shaari, [email protected] atau Puan Sarinatul Aini Mohamad Shaari, [email protected].