Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa semua pejabat HASiL di seluruh negara akan ditutup pada 31 Mac 2025 dan 1 April 2025 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal dan 2 Syawal 1446H). Semua pejabat HASiL akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April 2025 kecuali Melaka dan Sabah.
Berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusof pada 24 Februari 2025, cuti umum 1 Ramadan yang kebiasaannya diberikan kepada penduduk negeri tersebut telah ditukar kepada hari raya ketiga bermula tahun ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor turut memaklumkan bahawa pada 2 April 2025 (Rabu) telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sabah bersempena dengan sambutan ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Sehubungan itu, semua Pejabat HASiL di Melaka dan Sabah akan mula beroperasi semula pada 3 April 2025.
“HASiL komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan bagi memenuhi keperluan masyarakat, khususnya sepanjang musim perayaan ini.”
Oleh itu, pembayar cukai digalakkan untuk melaksanakan sebarang urusan percukaian secara dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan proses transaksi berjalan dengan lebih pantas dan efisien.