Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pengagihan bayaran bantuan Fasa Kedua Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 8.5 juta penerima bermula 24 Mac 2025.
Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa bantuan tunai ini akan memberikan manfaat kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion untuk fasa kedua ini, mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.5 bilion berbanding dengan tahun lalu.
Penerima akan menerima bantuan berbentuk wang tunai antara RM150 hingga RM650 bergantung pada kelayakan masing-masing.
Tambah beliau, penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima bayaran mereka secara berperingkat, sama ada melalui akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sistem pendaftaran sepanjang tahun turut diperkenalkan untuk STR 2025 bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia yang layak mendapat manfaat daripada bantuan kewangan ini.
Terdahulu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rancangan untuk meningkatkan peruntukan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus, menjadikannya RM13 bilion pada tahun 2024 bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat secara adil.
Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan baharu dengan memastikan pendaftaran STR 2025 dibuka sepanjang tahun bagi memberikan peluang kepada lebih banyak orang untuk mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Bayaran STR Fasa Kedua akan diagihkan mengikut kategori seperti isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 akan menerima antara RM150 hingga RM650; isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima antara RM100 hingga RM300; dan warga emas tanpa pasangan serta individu bujang akan menerima RM150.
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka dan merujuk soalan lazim melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.