Diterbitkan pada 13 Mac 2025, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pelaksanaan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri dengan peruntukan kewangan berjumlah RM1.1 juta.

Program ini akan berlangsung dari 22 Mac hingga 27 Mac 2025 melibatkan 26 lokasi di seluruh Pahang.

Tambah beliau, program ini merupakan hasil kerjasama antara pasar raya dengan pembekal terpilih menyaksikan pengurangan harga barangan sebanyak 15 peratus hingga 30 peratus berbanding dengan harga pasaran semasa.

“Penganjuran program ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang akan menyambut perayaan Aidilfitri terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa,” ujar beliau lagi.

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy turut mengajak masyarakat Pahang untuk memanfaatkan peluang ini.

“Saya berharap orang ramai di negeri Pahang akan mengambil kesempatan untuk menyokong program ini dan menikmati pengurangan harga yang menarik, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.

 

Kredit Foto: Fecebook: Wan Rosdy bin Wan Ismail
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi