Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengambil maklum terdapat pembayar cukai individu yang secara tidak sengaja menandakan ruangan “Cukai Ditanggung oleh Majikan” (Tax Borne by Employer) semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025. Kesilapan ini menyebabkan bayaran balik lebihan cukai masih belum diterima.
Sehubungan dengan itu, HASiL mengambil langkah untuk memproses bayaran balik lebihan cukai secara berperingkat.
Individu yang terlibat tidak perlu mengemukakan pindaan BNCP bagi Tahun Taksiran 2025 untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Berikutan dengan isu ini, HASiL menegaskan bahawa ketepatan maklumat semasa mengisi BNCP amat penting memandangkan borang tersebut dijana secara automatik.
Langkah ini penting bagi memastikan proses bayaran balik kepada pembayar cukai dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan.
HASiL kekal komited untuk memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti, selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan pentadbiran percukaian negara.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dikemukakan melalui HASiL Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-89111000 atau +603-89111000 (luar negara), selain perkhidmatan “HASiL Live Chat”, serta Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL.