Diterbitkan pada 18 Februari 2026, 14:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu operasi kaunter perkhidmatannya sepanjang bulan Ramadan 2026/1447H yang berkuat kuasa mulai 19 Februari 2026 hingga 20 Mac 2026.

Perubahan ini melibatkan Kaunter Khidmat Rundingan, Pejabat Satelit, Kaunter Duti Setem, HASiL Contact Centre (HCC), Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH), serta kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

Bagi Kaunter Khidmat Rundingan, Pejabat Satelit dan Kaunter Duti Setem, waktu operasi bagi semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada hari Isnin hingga Jumaat adalah dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, kaunter beroperasi pada hari Ahad hingga Rabu dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang, manakala hari Khamis dari 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Di Sabah dan Sarawak pula, waktu operasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

HASiL Contact Centre (HCC) pula beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, di Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) Kuala Lumpur, bayaran secara tunai dan kad kredit atau kad debit boleh dibuat dari 8.30 pagi hingga 3.00 petang, manakala bayaran melalui bank draf diterima dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Di Kuching yang melibatkan bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan sahaja, bayaran tunai diterima pada hari Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

Bagi kaunter HASiL di Pusat Transformasi Bandar (UTC), mulai 19 Februari 2026 hingga 19 Mac 2026, semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Di Johor, operasi ialah pada hari Isnin hingga Khamis dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan hari Jumaat dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Di Kedah dan Kelantan pula, kaunter dibuka pada hari Ahad hingga Khamis dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Pada 20 Mac 2026, semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

UTC tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum Persekutuan atau negeri, dan akan ditutup pada 21 Mac 2026 hingga 22 Mac 2026 bersamaan 1 Syawal 1147H dan 2 Syawal 1447H.

Sehubungan dengan itu, HASiL menasihatkan pembayar cukai agar membuat perancangan awal dan menyusun jadual lawatan ke kaunter berdasarkan waktu operasi yang ditetapkan sepanjang Ramadan. Bagi memastikan kelancaran urusan percukaian, pembayar cukai digalakkan memanfaatkan perkhidmatan secara dalam talian menerusi portal MyTax tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter.

HASiL turut berharap pelaksanaan waktu operasi ini dapat memenuhi jangkaan pelanggan, serta meningkatkan tahap kepuasan dan pengalaman perkhidmatan kepada semua pembayar cukai. Pada masa yang sama, HASiL mengucapkan Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh pembayar cukai dan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dikemukakan melalui Hasil Contact Centre (HCC) melalui talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara), perkhidmatan “HASiL Live Chat”, serta Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi