Diterbitkan pada 31 Ogos 2025, 19:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melakar sejarah apabila menyertai perarakan Hari Kebangsaan sebagai kontinjen rasmi demi menyemarakkan semangat kebangsaan.

Penyertaan ini membawa naratif bahawa hasil cukai sentiasa terpelihara demi kemakmuran bersama.

Dengan semangat “Jiwa Merdeka”, patriotisme dan kesetiaan, sebanyak 77 pegawai HASiL menyertai perakan bertemakan “Myinvois: Digitalkan Perniagaan Anda dengan e-Invois” di Dataran Putrajaya.

Kontinjen HASiL ketika perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.

Penyertaan tersebut menjadi manifestasi sokongan HASiL terhadap aspirasi kerajaan, di samping menyeru rakyat menghargai nikmat kemerdekaan dengan mempertahankan keamanan, memperkukuh perpaduan dan menjunjung kesejahteraan bersama. Pelibatan ini juga mencerminkan komitmen HASiL untuk memastikan agenda nasional diperkasakan, sekali gus memacu inovasi digital yang cekap, telus dan moden.

Sebagai daya tarikan, kontigen HASiL menampilkan perarakan kenderaan berhias, iaitu Kapal MyInvois yang melambangkan hala tuju pentadbiran cukai ke arah transformasi digital melalui pelaksanaan e-Invois.

Kontinjen HASiL bergambar kenang-kenangan bersama-sama seusai perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Sebagai agensi utama pentadbir cukai langsung negara, HASiL komited memastikan agenda pembangunan negara menjadi keutamaan, selain berperanan sebagai pemudah cara perkhidmatan percukaian dan penyampaian bantuan khas kerajaan.

Mengangkat tema “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”, pelibatan HASiL berjaya merealisasikan semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang menyerlah dalam sambutan pada tahun ini.

Seiring dengan pepatah Melayu “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”, HASiL menyeru rakyat agar terus bersatu padu membangunkan negara demi keamanan dan kemakmuran tanah air.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:

  1. Hasil Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-89111000/603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas dalam portal rasmi HASiL menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi