Diterbitkan pada 22 Mac 2025, 12:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pelaburan Malaysia–Wuxi, China (DPPPM–WC) bersama-sama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Arau melalui Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bakal mengadakan jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam sektor pertanian serta penternakan.

Menurut pihaknya, lebih 200 ekar ladang pertanian dan penternakan dimajukan secara komersial sesuai dengan permintaan pasaran, di samping mengekalkan kawasan kajian untuk dimanfaatkan menerusi cadangan “menang-menang”.

Selain itu, pihaknya memaklumkan bahawa penggunaan teknologi dan jentera moden akan dilaksanakan atas inisiatif swasta dan UiTM untuk meningkatkan kajian terhadap peningkatan keluaran dan kualiti penghasilan.

Tambah pihaknya lagi, fokus utama bagi sektor pertanian ini adalah peningkatan hasil keluaran harum manis serta produk makanan dan minuman berasaskan buah tersebut secara kormersial bagi pasaran tempatan dan eksport yang berskala besar.

Kertas cadangan akan dibuat atas persetujuan bersama sebelum diangkat pada peringkat pengurusan tertinggi UiTM bagi persetujuan dan kelulusan pelaksanaannya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sementara itu, pihaknya turut menzahirkan harapan agar cadangan ini dapat memberikan impak yang besar terhadap UiTM dan DPPPM–WC, selain meletakkan pasaran buah harum manis Perlis di persada dunia.

Kredit Foto: Hassan Saad
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi