Diterbitkan pada 10 Disember 2024, 12:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi penggal 2024–2027 telah senada menyatakan tekad untuk bersama-sama kerajaan dalam membangunkan ekonomi melalui empat teras, iaitu jihad perniagaan, industri halal, wakaf korporat dan ekonomi digital.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPIM ke-31 pada 8 Disember 2024, YBhg. Dato’ Haji Mohammad Sahar Mat Din dipilih oleh perwakilan untuk kekal menerajui kepimpinan DPIM sebagai Presiden.

YBhg. Dato’ Haji Mohammad Sahar Mat Din sebagai Presiden DPIM.

Perwakilan turut memilih YBrs. Dr. Haji Salihin Abang selaku Timbalan Presiden DPIM.

YBrs. Dr. Haji Salihin Abang sebagai Timbalan Presiden DPIM.

Kedua-duanya telah mendapat pencalonan penuh daripada kesemua negeri dalam pemilihan tersebut.

Perubahan besar berlaku pada jawatan Naib Presiden yang menyaksikan ketiga-tiga jawatan dimenangi oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Ramli Tahir, YBhg. Dato’ Khairul Shahril Hamzah dan Sr. Haji Ishak Ismail.

YBhg. Datuk Wira Dr. Ramli Tahir
YBhg. Dato’ Khairul Shahril Hamzah
Sr. Haji Ishak Ismail

Seramai lapan orang Ahli Majlis Tertinggi juga telah dipilih oleh perwakilan, iaitu Dato’ Shamsuddin Hayroni, Elis Suhaili Abdul Rahman, Abdul Latiff Shaari, Dr. Abdul Hakim Jaafar, Anja Juliah Abu Bakar, Muhammad Aiman Mohamad Salmi, Abdul Hadi Pilus dan Jamal Hisham Jermi.

Kesemua perwakilan sebulat suara akan bersama-sama dengan kepimpinan baharu untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia MADANI dalam membangunkan usahawan dan ekonomi negara.

Pemilihan kali ini dihadiri oleh 105 orang perwakilan yang diadakan di Hotel Seri Pacific.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi