Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangLangkawi – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengumumkan pengisytiharan Varieti Baharu Cili MARDI pada hari semalam dalam usaha meningkatkan pengeluaran cili domestik dan mengurangkan kebergantungan pada cili import.
Varieti Cili MARDI ini merupakan hasil daripada program pembakaan yang dijalankan oleh MARDI dengan menggunakan teknologi moden dan penyelidikan intensif.
Menurut MARDI, cili ini ialah hasil kacukan antara dua genotip terpilih, iaitu Ch 234-14 (MC 11) dengan Ch 231-5, yang telah terbukti rintang terhadap penyakit antraknos (bintik berpusar berwarna hitam)
Varieti ini mempunyai ketahanan terhadap penyakit serta hasil yang tinggi dengan potensi pengeluaran sekitar 20 metrik tan hingga 30 metrik tan sehektar dalam tempoh antara lima hingga enam bulan.
MARDI akan terus memberikan khidmat sokongan teknikal dan latihan kepada para petani dalam memastikan mereka dapat menanam Cili MARDI dengan efektif.
Program ini turut melibatkan kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi yang akan membantu dalam penyediaan infrastruktur serta kawasan penanaman bagi memastikan penghasilan cili yang berkualiti tinggi.
Majlis hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Yang turut hadir ialah YBrs. Dr. Azman bin Ismail, Pengerusi MARDI dan YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah serta Ahli Lembaga Pengelola MARDI, pegawai kanan KPKM dan MARDI.