Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel teruja untuk memperkenalkan MINI Aceman baharu serta pratonton MINI Cooper S 5-Door yang menggambarkan semangat inovasi berani MINI dan daya tarikan sepanjang zaman.
MINI Aceman baharu dengan pemanduan elektrik dan “karisma kesederhanaan” melambangkan masa hadapan mobiliti bandar, manakala MINI Cooper S 5-Door baharu menggabungkan reka bentuk ikonik MINI dengan kepraktisan yang dipertingkatkan.
Tambah beliau, MINI Cooper S 5-Door baharu direka berdasarkan rekaan ikonik MINI Cooper 5-Door dan menggabungkan kepraktisan dengan ciri sporty yang merupakan ciri utama MINI, dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter yang menghasilkan 204 hp (150 kW) dan mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam hanya 6.8 saat, dengan kelajuan maksimum 242 km/.
Pengedar sah MINI telah menyediakan perkhidmatan janji temu perkhidmatan secara dalam talian bagi membolehkan pelanggan menjadualkan keperluan servis terus kepada pengedar sah MINI.
MINI Aceman boleh dimiliki dengan anggaran bermula RM2,311 untuk tempoh lima tahun menerusi pembiayaan Easy Drive daripada Syarikat BMW Group Financial Malaysia.
Harga jualan yang disyorkan untuk MINI Aceman baharu ialah RM221,288 termasuk waranti dan perkhidmatan servis, manakala MINI Cooper 5-Door baharu berjumlah RM303,000 termasuk waranti dan pakej servis.
MINI Aceman akan dipamerkan di semua pengedar sah MINI bermula 8 Oktober 2024. Di samping itu, MINI Aceman baharu juga akan dipersembahkan di Jerayawara MINI di semua bandar-bandar utama, bermula 9 hingga 13 Oktober 2024 di The Exchange TRX.