27 Ogos 2024, 10:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) dengan rangkaian dagangan terbesar di Malaysia, NUSUK, menganjurkan Pameran Pelancongan Saudi yang membawa wakil delegasi lebih daripada 40 pemegang saham terkemuka dan 500 agensi pelancongan daripada pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Pameran Pelancongan Saudi akan berlangsung selama lima hari, bermula 28 Ogos 2024 hingga 1 September 2024 bertempat di IOI Putrajaya.

“Pameran diadakan bertujuan untuk menjalin hubungan STA dengan Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC), hotel-hotel, pengangkutan dan rakan kongsi pelancongan utama,” kata STA dalam satu kenyataan.

Antara inisiatif Arab Saudi adalah menjadikan pelancongan lebih mudah diakses oleh pengunjung dari Malaysia termasuk Visa Persinggahan percuma 96 jam dan eVisa sah sehingga 90 hari.

Bagi mereka yang memegang visa Umrah, terdapat juga peluang untuk menziarahi destinasi-destinasi lain dalam tempoh sah 90 hari.

Matlamat utama pameran ini bertujuan supaya pengunjung dapat memahami secara lebih mendalam tentang produk dan pakej yang ditawarkan oleh Saudi bagi pengembara Malaysia yang ingin mengerjakan Umrah dan pada masa yang sama, melancong ke destinasi Saudi yang lain.

Pameran pelancongan tersebut akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan AlRabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.