Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKota Kinabalu – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah telah menganjurkan Seminar e-Invois Peringkat Negeri Sabah pada hari ini yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
Penganjuran seminar peringkat negeri Sabah ini diadakan dengan kerjasama Chinese Chambers of Commerce & Industry (KKCCCI) dan The Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS).
Dalam ucapan perasmian, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL menyatakan bahawa peralihan sistem e-Invois ini merupakan satu cabaran besar khususnya kepada para peniaga kecil dan sederhana di Sabah.
HASiL akan terus komited dan bersedia membantu dari segi sokongan teknikal dan memberikan panduan secara langsung kepada pengguna untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul semasa pelaksanaan e-Invois.
Beliau turut menyeru semua pihak berganding bahu bersama-sama dengan HASiL agar hasrat kerajaan untuk membina persekitaran ekonomi yang dinamik serta evolusi pendigitalan perniagaan tercapai.
Siri jelajah penganjuran seminar ini merupakan satu daripada agenda utama HASiL bertujuan untuk membuka ruang komunikasi dua hala antara HASiL dengan pemain industri dalam pelbagai peringkat menerusi maklum balas serta cadangan berkaitan pelaksanaan e-Invois dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan HASiL sebagai agensi pemudah cara dalam kalangan masyarakat.
Taklimat e-Invois telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Rasyidah Che Rosli, Pengarah Seksyen Bahagian e-Invois. Yang turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Tan Sri DSP (Dr) T.C. Goh, Presiden FCAS, YBhg. Datuk Michael Lui Yen Sang, Presiden KKCCCI, YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBrs. Encik Shaharuddy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) dan Encik Azrul Hisham Shamsudin, Pengarah Negeri HASiL Sabah.
Sesi kolaboratif ini telah dihadiri seramai hampir 1,500 orang peserta yang terdiri daripada para pengamal percukaian, badan profesional, ahli Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang sedang dan bakal melaksanakan e-invois.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi: