Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai untuk mengemukakan e-Invois yang disatukan dalam tempoh awal pelaksanaan e-Invois.
HASiL mengambil maklum komitmen pembayar cukai dalam mematuhi keperluan perundangan e-Invois yang memerlukan tempoh masa mencukupi, terutamanya melibatkan industri yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mencabar dan kompleks.
Menurut HASiL, kelonggaran ini diberikan kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan bagi semua transaksi seperti yang berikut:
Pihak HASiL juga mengesahkan, dalam tempoh enam bulan tersebut, tiada
tindakan pendakwaan di bawah seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidakpatuhan peraturan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan seperti dinyatakan di atas.
Tempoh kelonggaran yang diberikan ini diharap akan memberi ruang masa yang
mencukupi kepada pembayar cukai untuk memastikan pelaksanaan e-Invois
sepenuhnya yang lebih efektif meliputi kesemua aspek seperti ketersediaan sistem,
kelancaran operasi perniagaan dan pengurusan perubahan dalam perniagaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau mempunyai pertanyaan mengenai pelaksanaan e-Invois, boleh menghubungi meja bantuan melalui talian 03-86828000 (talian 24 jam), myInvois Live Chat, e-mel [email protected] atau Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my