Diterbitkan pada 25 Julai 2024, 16:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kepala Batas – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) menganjurkan Program Simposium Keharmonian Perusahaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 bertemakan “Peranan Majikan dan Kesatuan Sekerja ke Arah Penyelesaian Konflik Melalui Perjanjian Kolektif” di Hotel Bertam Resort, Pulau Pinang, hari ini.

Program yang melibatkan golongan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja dalam semua sektor di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), KESUMA.

YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia berucap ketika merasmikan simposium.

Peserta program didedahkan mengenai perundingan dan perjanjian kolektif di bawah Akta 177 serta perkongsian dari perspektif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia  dan wakil kesatuan sekerja tentang peranan dan cabaran ke arah penyelesaian konflik melalui perjanjian kolektif.

Program ini juga bertujuan membantu para peserta untuk menyelesaikan sebarang isu perundingan dan perjanjian kolektif ke arah penyelesaian yang lebih baik dan harmoni.

Menerusi program ini, JPPM turut memberikan penghargaan kepada syarikat yang menyertai Program Bimbingan dan Latihan Sistem Upah Berasaskan Produktiviti tahun 2023 bagi negeri Pulau Pinang.

Syarikat Jabil Circuit Sdn. Bhd., Ascentec Engineering Sdn. Bhd., Trajan Scientific Malaysia Sdn. Bhd. dan Midas Virtue Trading menerima penghargaan daripada YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli.

KESUMA berharap program ini dapat menjadi wadah kepada majikan, pekerja dan kesatuan sekerja untuk saling bertukar idea dan pandangan agar keharmonian perusahaan dalam negara kekal kondusif dan progresif.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi