Diterbitkan pada 10 Julai 2024, 22:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur    Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95, serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 11 hingga 17 Julai ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya pada hari ini memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan WP Labuan juga kekal masing-masing pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Menurut Kementerian Kewangan,

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi