2 Julai 2024, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kisah SD Guthrie bermula lebih pada 200 tahun yang lalu di sebuah perairan kecil yang dikenali sebagai Singapura. Dua abad kemudian, SD Guthrie terus mara menjadi peneraju industri yang memiliki operasi huluan yang luas serta perniagaan hiliran yang berkembang maju. Selain itu, SD Guthrie juga memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di lebih 90 buah negara dan semuanya diurus dengan penuh tanggungjawab. Trajektori ini merupakan suatu perjalanan penting dalam merungkaikan kuasa alam semula jadi.

Sime Darby Plantation Bhd. dijenamakan semula kepada SD Guthrie Bhd. Dalam satu kenyataan, SD Guthrie Bhd. berkata, satu resolusi khas untuk menukar nama syarikat kepada jenama baharu tersebut telah diluluskan setelah mendapat sokongan yang amat memberangsangkan daripada para pemegang saham berdasarkan peratusan undi setuju yang diterima sebanyak 99.99 peratus. Nama dan logo baharu mencerminkan perkembangan terkini syarikat yang tidak hanya terikat pada aktiviti huluan dan hiliran, malah turut melebarkan sayap ke ladang tenaga solar dan taman Perindustrian.

Kini, SD Gutrie meletakkan sasaran untuk melangkaui industri minyak sawit dengan peluang yang luas melalui dua sektor perniagaan baharu yang sesuai dengan aspirasi syarikatnya, iaitu tenaga boleh diperbaharui dan aset perindustrian hijau. Syarikat ini mempunyai kapasiti, kemampuan serta keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Maka itu, komitmen syarikat adalah untuk memacu pengeluaran yang bertanggungjawab dan matlamat membawa seluruh industri bersama ke hadapan.

SD Guthrie bekerja keras untuk meningkatkan standard tersendiri dan mencari penyelesaian yang akan membantu meningkatkan tahap di seluruh industri. Syarikat ini memacu pengeluaran bertanggungjawab melangkaui sempadan tersendiri sebagai tindak balas kepada perubahan iklim dan menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik. SD Guthrie juga mengguna pakai piawaian terkemuka dan membantu rantaian bekalan melalui perjalanan yang sama yang menjunjung kewajipan sosial, budaya dan alam sekitar serta melangkaui keperluan pematuhan dan operasi.

Terdapat kesedaran dalam mengecap peralihan ke arah iklim perniagaan yang positif. Suhu global dipercayai meningkat sebanyak 1.5 ℃ sebelum 2040. Untuk mengekalkan turun naik suhu dalam lingkungan 1.5 ℃, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengurangkan sisa pelepasan. Fungsi tidak berbeza, dan peranan syarikat dalam melindungi dan meningkatkan alam sekitar membimbing operasi di lapangan. SD Guthrie mempunyai sasaran; pengurangan keamatan karbon sebanyak 50 peratus menjelang 2030, yang membawa kepada aspirasi Sifar Bersih.

Pelan tindakan telah dipetakan dengan jelas. Syarikat secara aktif mencari bagi memulihkan tanah yang rosak, melindungi habitat, meningkatkan amalan pertanian yang bertanggungjawab, dan membangunkan ekonomi kitaran melalui tenaga boleh diperbaharui. Sebahagian besar tumpuan syarikat adalah untuk memacu penebangan hutan daripada rantaian bekalan, ekosistem yang kompleks.

Walaupun SD Guthrie telah menghadapi cabaran dalam memenuhi sasaran kepada tindakan positif iklim, terdapat keperluan pelaburan yang besar untuk mempercepatkan keupayaan syarikat mencapai sasaran melalui infrastruktur untuk menyokong usaha adaptasi dan mitigasi perubahan iklim. Hal ini penting kerana minyak sawit merupakan satu daripada komoditi yang paling banyak digunakan di dunia, dan permintaan globalnya diunjurkan berkembang dengan peningkatan populasi dunia.

Dengan permintaan yang semakin meningkat ini, timbul kebimbangan yang sebenar bahawa pengeluaran minyak sawit mendorong penebangan hutan, dan sebagai pengeluar utama minyak sawit mampan, syarikat berkongsi kebimbangan ini juga. Syarikat percaya bahawa kebolehkesanan adalah sempadan seterusnya dalam menghentikan penebangan hutan: pengesanan bekalan kembali ke sumbernya akan membolehkan mengenal pasti punca masalah wujud.

Demi memastikan maklumat yang tepat tersedia, pengeluar dan peniaga minyak sawit perlu mewujudkan rantaian kebolehkesanan yang mampu memetakan minyak sawit daripada sumber kepada bekalan. Piagam Pertanian dan Hak Asasi Manusia yang bertanggungjawab menggariskan komitmen teguh kami terhadap Tanpa Penebangan Hutan, Tanpa Gambut dan Tanpa Eksploitasi (NDPE). Syarikat berusaha untuk memastikan operasi mematuhi piawaian yang ditetapkan atau melebihi komitmen ini serta menumpukan pada usaha menyokong pelaku industri lain untuk melakukan perkara yang sama.

Untuk memenuhi komitmen ini, syarikat mesti memastikan bahawa setiap aktor dalam rantaian bekalan komited kepada piawaian yang sama. SD Guthrie mengharapkan agar semua pembekal tandan buah segar (FFB), minyak sawit mentah (MSM), dan derivatifnya mematuhi Garis Panduan Penyumberan Bertanggungjawab (RSG). RSG menterjemahkan komitmen NDPE kepada hubungan perniagaan yang membolehkan syarikat berinteraksi dengan pembekal dan mendapatkan komitmen mereka bahawa semua produk yang dibekalkan datang daripada sumber yang mematuhi undang-undang, mampan alam sekitar dan bertanggungjawab dari segi sosial.

SD Guthrie juga menjalankan pelaburan untuk meminimumkan pelepasan GHG operasi huluan. Menerusi pelaburan loji biogas dalam operasi huluan, syarikat ini  menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 50 peratus untuk operasi huluan menjelang 2030 berbanding dengan garis dasar 2009. Sementara itu, menerusi tenaga suria, SD Guthrie melaksanakan sistem PV solar untuk operasi yang berkaitan dan menyokong skim nasional Malaysia dengan memajak tanah untuk sistem penjanaan tenaga solar.

Dalam meneroka inisiatif ini, pada 9 Jun yang lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Pelan Induk Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Perak. Pembangunan KIGIP telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 yang merupakan suatu perancangan untuk membina ekosistem industri yang lebih luas di utara semenanjung melalui pembangunan kawasan perindustrian eko dan berteknologi tinggi di daerah Kerian, Perak.

KIGIP digerakkan melalui pendekatan whole-of-Government yang melibatkan kerjasama dan sinergi erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak, SD Guthrie Berhad dengan Permodalan Nasional Berhad. Kerajaan memberikan penekanan kepada empat keperluan, iaitu tenaga hijau, air, akses perhubungan dan tenaga kerja. Dengan kerjasama erat semua pihak terlibat, perencanaan KIGIP menjadi satu projek ikonik yang berlandaskan konsep “green and smart industrial park” yang pertama di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, setelah beberapa pusingan rundingan dan persetujuan yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan projek pemindahan dan rawatan air yang dianggarkan berjumlah RM4 bilion. Kerajaan pasti bahawa pembangunan ini bukan sahaja akan memanfaatkan penduduk kawasan utara Perak, dan perindustrian KIGIP, malah dapat menyediakan bekalan air terawat ke Pulau Pinang.

Selain itu, kerajaan juga secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan pembinaan persimpangan baharu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran projek KIGIP bagi memberikan akses kepada jaringan pengangkutan yang lebih baik. Hal ini bagi merealisasikan iltizam Kerajaan Perpaduan dalam usaha menaikkan lantai bagi meningkatkan darjat hidup rakyat dengan menyediakan kemudahan asas bertaraf dunia seperti yang telah diumumkan di dalam dokumen Ekonomi MADANI.

KIGIP menepati 4 misi utama NIMP 2030, iaitu memajukan kecanggihan ekonomi, menyegerakan adaptasi teknologi dan pendigitalan, mendorong pelepasan karbon bersih-sifar, dan menjamin keselamatan ekonomi dan keterangkuman. SD Guthrie mempunyai tanah yang luas di Kerian, Utara Perak yang bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah. Satu initiatif strategik yang kena pada tempatnya. Dengan KIGIP dapat membentuk satu segi tiga pertumbuhan utara Malaysia yang hebat: Batu Kawan–Kulim–Kerian.

Dengan pelaksanaan dan strategi yang rapi, segi tiga pertumbuhan baharu ini bukan calang-calang, amat berpotensi menjadi tarikan pelaburan bernilai tinggi dari dalam dan luar negara. Satu tawaran baharu bertaraf global akan terbentuk. Secara jelas, hal menunjukkan suatu kesinambungan daripada lanjutan perancangan era Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMke -9), mengenai pembentukan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.