19 Jun 2024, 15:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Program Tax Corporate Governance (TCG) dan Pelancaran Program TCG Fasa Kedua di Hotel Zenith, Putrajaya pada hari ini bagi menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia MADANI.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL yang turut dihadiri oleh YBrs. Encik John Patrick a/l Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai (SBC) Kementerian Kewangan, barisan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan HASiL, badan profesional dan pengamal media.

Program TCG telah dilaksanakan secara dua fasa. Fasa pertama program ini bermula pada 1 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024 dengan 11 penyertaan rasmi diterima. Sijil Penyertaan telah disampaikan kepada tujuh buah syarikat yang telah melepasi dua peringkat penilaian, iaitu semakan kecukupan dan keberkesanan.

Fasa kedua pula akan bermula pada 1 Julai 2024 dan pelancaran fasa ini menunjukkan komitmen pihak HASiL untuk membina hubungan yang lebih baik dengan pembayar cukai berdasarkan prinsip kepercayaan, kerjasama dan ketelusan.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif “Cooperative Compliance” dan merupakan kolaborasi sulung secara rasmi antara pihak HASiL dengan pembayar cukai ke arah pematuhan cukai secara sukarela.

Program ini juga memberikan penekanan dan penilaian ke atas Sistem Tadbir Urus Percukaian yang berkesan bagi memastikan organisasi dapat mengawal risiko percukaian, serta mengurus hal ehwal percukaian dengan bertanggungjawab dan beretika berdasarkan peruntukan undang-undang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.