15 Jun 2024, 14:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin menasihatkan agar mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perdagangan mata wang kripto untuk tampil membuat pelaporan cukai di mana-mana pejabat HASiL sebelum tindakan pematuhan diambil kelak.

HASiL dalam kenyataannya berkata, demi mengurangkan ketirisan hasil cukai dalam perdagangan mata wang kripto dan untuk menambah baik pentadbiran cukai negara, operasi khas “Ops Token” dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan CyberSecurity Malaysia (SCM).

Ops Token telah diadakan di 10 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang secara serentak dengan menempatkan sebanyak 38 orang anggota daripada agensi tersebut.

Menerusi operasi ini, beberapa entiti syarikat dan perkongsian liabiliti terhad dilihat sengaja diwujudkan sebagai pengantara kepada transaksi perdagangan mata wang kripto tersebut bagi mengelakkan pelaporan cukai.

Untuk makluman, maklumat berkaitan dengan Garis Panduan Layanan Cukai ke Atas Transaksi Mata Wang Digital boleh dimuat turun menerusi capaian pantas Layanan Cukai ke Atas Transaksi Mata Wang Digital.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklum balas, boleh menghubungi pihak HASil menerusi talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara) atau sembang langsung (live chat) HASiL atau borang maklum balas di portal rasmi HASiL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.