1 Jun 2024, 14:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Lokaliti Kuala Lumpur Bandar yang beroperasi di Tingkat Tiga, Tingkat Empat, Tingkat Enam, Tingkat Tujuh, Tingkat 10, Tingkat 15 dan Tingkat 17, Menara Olympia, No. 8, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya dan kini beroperasi di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

HASiL dalam kenyataannya berkata, Pejabat HASiL Lokaliti Kuala Lumpur Bandar telah mengeluarkan hebahan penutupan melalui notis pemberitahuannya pada 29 Mac lalu sebagai pemakluman awal bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai di lokaliti berkenaan.

Dalam memastikan tahap mutu perkhidmatan percukaian sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa, sekali gus menjadi pemudah cara kepada para pembayar cukai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara, mereka digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan percukaian secara dalam talian menerusi gerbang portal MyTax.

Pembayar cukai juga boleh berkunjung ke Pejabat HASiL di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Pudu Sentral atau mana-mana pejabat HASiL yang berhampiran atau menggunakan e-Janji Temu menerusi portal HASiL.

Untuk makluman, sebarang urusan surat-menyurat boleh dimajukan kepada alamat baharu, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklum balas boleh menghubungi pihak HASiL di talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (luar negara) atau menerusi sembang langsung (live chat) HASiL atau mengisi borang maklum balas di portal rasmi HASiL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.