8 April 2024, 22:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malaysia Airlines menjalankan kerjasama strategik dengan Apple Vacations untuk memenuhi keperluan pelancong terhadap konsep terbang dan berlayar atau fly cruise yang semakin popular pada ketika ini.

Perkongsian itu akan berlangsung dalam jangka masa setahun dan dilengkapkan dengan usaha sama laluan pelayaran global: Peace Boat, Princess Cruises, Resort World dan Uniworld River Cruises. Kerjasama tersebut sebagai sebahagian usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan ASEAN yang sebenar.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group, Dersenish Aresandiran berkata kerjasama tersebut akan menyemarakkan industri pelancongan negara. “Dengan memilih pengalaman perjalanan yang tiada tandingan, kami bukan sahaja menarik pelancong, tetapi juga memupuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan.”

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan Apple Vacations, Datuk Seri Koh Yock Heng berkata percutian pelayaran semakin popular dengan Resort World Cruise dan Royal Caribbean menjadi pilihan serantau.

“Trend pakej fly cruise yang semakin meningkat menarik minat pelancong yang ingin bercuti dan mencari sambungan yang lancar dan pilihan tempahan yang mudah.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.