3 April 2024, 19:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Tiga lokasi Bazar Ramadan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Perlis berjaya mencatatkan nilai jualan RM1.3 juta dalam tempoh 22 hari sejak dilancarkan pada 13 Mac lalu.

Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan berkata jualan itu direkodkan melibatkan 160 usahawan di Bazar Ramadan Dataran MAIPs Kangar, Bazar Ramadan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra dan Bazar Ramadan Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat.

“Nilai jualan di Bazaar Ramadan Dataran MAIPs saja mencatatkan nilai jualan RM500,000 yang melibatkan 38 usahawan,” katanya ketika memberi sembah taklimat Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MPK-MAIPs @ Dataran MAIPs, petang semalam.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke program berkenaan. Baginda diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyantuni peniaga bazar di Kangar.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Norazlan Yahaya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.