28 Mac 2024, 10:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyantuni seramai 175 anak yatim dan golongan asnaf dalam Program Mahabbah Ramadan HASiL 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Majlis ini telah dianjurkan bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu mereka membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh  Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dengan menyampaikan sumbangan daripada HASiL berjumlah RM1000 setiap keluarga kepada 10 keluarga asnaf yang terpilih serta RM5000 kepada setiap rumah kebajikan anak yatim.

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata “kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan setiap golongan masyarakat dan berusaha memastikan tiada golongan yang tercicir. Melalui hasil cukai yang dikutip oleh HASiL akan dibelanjakan semula oleh kerajaan dalam pelbagai bentuk manfaat, kemudahan dan bantuan seperti Program Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).”

Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berucap bahawa kerajaan sentiasa peka dengan keperluan masyarakat.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh para penerima sumbangan. Turut hadir bagi meraikan anak-anak yatim dan keluarga asnaf ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharan, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, KPE HASiL, ahli Lembaga Pengarah HASiL, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dan Team HASiL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.