22 Mac 2024, 19:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sepang – AirAsia mengembangkan pasarannya ke Asia Timur Laut dengan melancarkan tiga laluan bebas kelima yang menghubungkan Taipei dan Kaohsiung dengan Jepun.

AirAsia X akan mengendalikan laluan baharu dari Taipei ke Tokyo bermula 31 Mei 2024. Thai AirAsia pula akan mengendalikan laluan Taipei ke Okinawa bermula 15 Jun 2024 dan Kaohsiung ke Tokyo pada 16 Jun 2024.

“Pelancaran laluan bebas kelima ini sejajar dengan fokus syarikat penerbangan yang mahu menjadikan Taiwan sebagai hab virtual yang menghubungkan pelanggan ke 130 destinasi di seluruh Asia Tenggara dan Asia Timur Laut melalui rangkaian kami.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata pihak syarikat berasa bangga untuk melancarkan laluan bebas kelima pertama pada tahun ini sebagai bukti pemulihan ketara AirAsia X.

“Kami percaya pelancaran laluan baharu ini dapat meningkatkan peluang industri pelancongan antara Taiwan dan Jepun serta berharap agar dapat mengembangkan lebih banyak laluan pada masa hadapan,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia, Santisuk Klongchaiya melancarkan laluan baharu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.