15 Mac 2024, 22:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion yang tertinggi di Malaysia pada tahun 2023.

Beliau berkata pertumbuhan luar biasa tersebut didorong pelaburan langsung asing (FDI) yang menyumbang RM61.7 bilion atau 85.8 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan negeri itu dalam tempoh berkenaan.

“Angka tersebut secara tidak langsung mengambarkan keyakinan teguh pelabur antarabangsa terhadap potensi negeri ini dan peluang menarik yang ditawarkan secara menyeluruh. “Hasil dasar ekonomi negeri yang jelas, mesra pelabur dan kompetitif di peringkat serantau menyebabkan Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan yang amat menggalakkan.”

Beliau berkata Pulau Pinang berjaya memudah cara pelaburan RM13.67 bilion, sekali gus mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan pada tahun lepas hasil kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.