Oleh Rashid Ating
8 Mac 2024, 18:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Pemegang Amanah Anugerah Merdeka (Merdeka Award Trust) yang dinaungi oleh Petronas dan Shell bersama rakan media Astro Awani menganjurkan program bertajuk “Women in Leadership: Too Hot To Handle?”. Program ini menampilkan dua figura dari industri yang berbeza, Puan Siti Hurairah Sulaiman, Pengerusi Shell Malaysia dan Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Pengarah Urusan, Sunway Centre for Plenetary Health, Universiti Sunway.

Sesi ini dikendalikan oleh pengacara Astro Awani, Cynthia Ng. Dalam sesi bual bicara yang berlansung selama hampir sejam setengah ini, kedua-dua panel berkongsi pengalaman suka duka mereka dalam bidang masing-masing terutama berkaitan dengan topik wanita bekerjaya.

Kedua-dua panel bersetuju bahawa pentingnya untuk golongan wanita  menjadi diri sendiri dan  mempunyai sifat empati. Mereka juga bersetuju kepentingan mempunyai sistem sokongan yang baik bagi memacu kerjaya mereka. Selain itu, suami perlu memainkan untuk  membantu, bertolak ansur dalam urusan rumah tangga dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada isteri yang berkerjaya.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh bekas pemain skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dan bekas pemain bowling Malaysia, Sharlin Zulkifli.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.