22 Februari 2024, 18:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Para majikan diseru agar mengambil perhatian terhadap tanggungjawab menyedia dan menyerahkan penyata saraan EA (sektor swasta) dan EC (sektor kerajaan) pekerja bagi tahun 2023 kepada pekerja sebelum atau pada 29 Februari 2024.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berkata, berdasarkan peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), majikan bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Borang C.P.8A (EA)/C.P.8C (EC) atau penyata saraan EA dan EC dengan lengkap setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan kepada semua pekerja. Hal ini adalah bagi membolehkan pekerja atau pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka melaporkan pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada HASiL.

HASiL melalui kenyataan medianya menyatakan menegaskan bahawa kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab ini adalah satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) ACP 1967 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Bagi tujuan rujukan, para majikan boleh mencapai Nota Penerangan E 2023 melalui Portal HASiL www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Majikan atau pautan pantas seperti berikut: https://www.hasil.gov.my/media/4jjh00qh/nota- penerangan-e-2023.pdf.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.