22 Februari 2024, 12:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jualan Gudang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) besar-besaran kembali lagi dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus dan akan berlangsung selama 10 hari di lima lokasi utama di seluruh negara mulai esok.

Koleksi majalah terbitan DBP boleh didapati dengan potongan harga yang menarik.

Lebih daripada 2000  judul penerbitan DBP meliputi pelbagai produk termasuklah buku teks, buku sokongan pendidikan, buku cerita kanak-kanak, kamus serta majalah boleh didapati dalam jualan gudang kali ini.

Selain jualan rahmah bagi produk terpilih, para pengunjung boleh mendapatkan majalah pada harga serendah RM1.

Jualan gudang ini akan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang dan bakal berlangsung di lima lokasi, iaitu Kompleks DBP Hulu Kelang; Anjung DBP, di Menara DBP; DBP Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu; DBP Cawangan Sarawak, di Kuching; dan DBP Wilayah Timur, di Kota Bharu.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Saifuddin Abu Bakar,

Tujuan jualan gudang ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru mendapatkan bahan bacaan dan rujukan yang berkualiti pada harga mampu milik bersempena dengan musim cuti sekolah.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Saifuddin Abu Bakar menyampaikan taklimat tentang Jualan Gudang DBP di  Kompleks DBP Hulu Kelang yang bakal bermula esok.

Tambah beliau, perkara ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui gagasan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

Kami yakin lebih ramai akan datang pada tahun ini berbanding dengan tahun lalu dan akan terus memberikan sokongan kepada DBP,” kata beliau.

Beliau berkata, tawaran yang menarik turut diberikan kepada institusi atau jabatan kerajaan, kedai buku dan kontraktor buku.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang DBPNiaga.my.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.