15 Februari 2024, 21:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan satu sesi libat urus yang melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin bersama-sama hampir 100 orang pengamal media daripada 50 agensi di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Sesi ini merupakan usaha berterusan untuk memperkasakan penyebaran maklumat percukaian dengan lebih efektif dan telus kepada masyarakat.

Program ini juga sebagai tanda penghargaan HASiL kepada pihak media yang telah banyak memberikan liputan yang baik melalui berita dan publisiti, sekali gus meningkatkan kadar kesedaran dan pematuhan secara sukarela dalam kalangan masyarakat. Selain itu, program ini dilihat dapat mengeratkan jalinan kerjasama muhibah antara HASiL dengan media untuk meningkatkan hasil kutipan negara.

YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada pihak media yang telah bersama-sama membantu dan mempromosikan inisiatif baharu serta menjadi suara, mata dan telinga kepada HASiL dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pembayar cukai. Tuntasnya, hubungan dua hala yang terjalin ini harus dikekalkan dan diperkuat dengan satu harapan untuk melihat Malaysia yang lebih maju pada masa hadapan.

Turut sama hadir dalam sesi libat urus ini termasuklah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali,  Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datuk Hisham bin Rusli  serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.