Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga HASiL Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyeru pembayar cukai untuk merebut peluang memperbaik status pematuhan cukai melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang akan berakhir dalam tempoh empat bulan sahaja lagi, iaitu pada 31 Mei 2024. Sehingga 31 Januari 2024, HASiL telah menerima sebanyak 64,748 kes pengakuan sukarela daripada pembayar cukai baharu dan sedia ada.
PKPS 2.0 yang bermula pada 6 Jun 2023 merupakan inisiatif HASiL untuk memberikan peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan HASiL. Untuk makluman, HASiL memberikan jaminan bahawa segala pelaporan yang diterima di bawah PKPS 2.0 akan diterima dengan sifar penalti.
Tindakan audit serta siasatan tidak akan dilakukan pada masa akan datang bagi tahun taksiran yang terlibat dengan PKPS 2.0. PKPS 2.0 ini dibuka kepada semua kategori pembayar cukai kecuali bagi kategori fail majikan yang melibatkan pelaporan pendapatan yang tidak pernah dilaporkan atau kurang dilaporkan; perbelanjaan atau tuntutan lain yang terlebih tuntut atau tidak dibenarkan; pelepasan atau potongan atau rebat terlebih tuntut; dan elaun modal atau insentif yang terlebih tuntut.
PKPS 2.0 ini juga boleh disertai oleh mereka yang ingin melaporkan pelupusan aset dan ingin membuat penyeteman dokumen atau perjanjian yang tidak disetem dalam tempoh yang dibenarkan. Selepas tempoh ini, HASiL akan melaksanakan aktiviti pematuhan cukai mengikut Rangka Kerja Audit Cukai yang berkuat kuasa.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas berkenaan PKPS 2.0, sila hubungi kami menerusi: