Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangDurian Tunggal – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan universiti terbaik dunia dalam memberi keutamaan kebajikan kepada kakitangannya. Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, Naib canselor UTeM menyatakan bahawaUTeM sentiasa prihatin dan cakna dalam aspek kebajikan kepada kakitangan UTeM. Sehubungan dengan itu, UTeM telah mengumumkan enam inisiatif pakej bantuan tambahan.
Antara pakej bantuan tambahan termasuk dalam aspek kesihatan kakitangan, UTeM menaikkan kadar klinik panel bagi setiap sesi rawatan daripada RM50 kepada RM80 dan kadar siling per staf dan tanggungan adalah sebanyak RM1200 setahun. Selain itu, bantuan persekolahan berjumlah RM300 diberikan bagi staf berkelayakan bagi meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak kakitangan. Sumbangan ini merupakan dana daripada UTeM Holdings Sdn. Bhd. Inisiatif bantuan ini termasuk pemberian subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak kepada staf UTeM yang menghantar anak ke Taska UTeM.
Tambah beliau, selari dengan usaha menyemarakkan agenda pendigitalan nasional, UTeM akan membuat penggantian sebanyak 602 unit komputer baharu buat kakitangan. Oleh itu, UTeM turut akan memberikan subsidi sebanyak RM2500 bagi pembelian komputer/komputer riba kepada staf gred 41 dan ke atas dan diberi pilihan. Seterusnya, Utem turut memperkasakan tadbir urus cemerlang Koperasi UTeM Berhad. Justeru, pakej tawaran buat kakitangan yang menjadi ahli adalah kemudahan pinjaman peribadi maksimum RM10,000. Malahan, koperasi juga menawarkan tawaran pakej umrah, percutian, pinjaman pembelian peralatan perabot, emas, elektrik, elektronik, pinjaman bermusim bagi perayaan dan persekolahan.