15 Januari 2024, 18:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bergabung tenaga untuk mempromosikan rangkuman kewangan kepada para pelajar di universiti awam melalui Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa yang pertama.

“Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa diadakan bagi mempromosikan kelebihan Kad Debit-i RHB MySiswa, iaitu kad pintar pelbagai guna pelajar yang berfungsi sebagai kad matrikulasi pelajar dan kad debit. Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa kami mendapat sambutan positif yang menggalakkan apabila lebih daripada 102,000 penyertaan melibatkan pelajar universiti awam,” demikian menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali.

Bagi musim pertama, RHB telah menawarkan hadiah utama bulanan dan lima skuter Vespa S125 bernilai hampir RM14,000 setiap satu. Selain mempromosikan kelebihan menggunakan Kad Debit-i RHB MySiswa untuk pembelian harian mereka, kempen ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk memiliki skuter Vespa serba baharu dan bergaya yang membolehkan mereka tampil yakin untuk hadir ke kelas. Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa adalah kesinambungan daripada kejayaan ‘Bank Your Way Ride Your Style Campaign’ RHB yang diperkenalkan pada tahun lepas, yang membolehkan para pelanggan berbelanja dan berpeluang untuk mereka bentuk dan memperibadikan Vespa mereka sendiri. Pemenang kempen tersebut akhirnya merealisasikan rekaan Vespa mereka menjadi sebuah kenyataan.

Kad Debit-i RHB MySiswa merupakan kad pintar pelbagai guna pelajar yang berfungsi sebagai kad matrikulasi pelajar dan kad debit.

Kad Debit-i RHB MySiswa adalah pilihan gaya hidup yang bersesuaian dengan nilai dan aspirasi generasi muda. Kad tersebut adalah kad bersepadu yang menyediakan pelajar kepada akses terhadap perkhidmatan sokongan universiti seperti pendaftaran kehadiran, akses pintu dan perkhidmatan perpustakaan sambil membolehkan mereka menguruskan dana dan menikmati penyelesaian pembayaran tanpa tunai (cashless campus). Di samping itu, pelajar bakal menikmati pelbagai diskaun serta promosi eksklusif daripada lebih 100 peniaga yang mengambil bahagian, melibatkan perkhidmatan makanan & minuman, pengangkutan, pendidikan, e-sukan dan permainan atas talian, produk gaya hidup dan perkhidmatan termasuklah pakej telekomunikasi setiap kali mereka menggunakan Kad Debit-i RHB MySiswa mereka. Sehingga kini, bank telah mengaktifkan hampir 590,000 Kad Debit-i RHB MySiswa dan merekodkan hampir RM87 juta jumlah transaksi, membuktikan populariti kad bank ini dalam kalangan pelajar universiti awam.

Kad Debit-i RHB MySiswa adalah satu daripada cara kami memperkukuh keterangkuman kewangan dalam kalangan belia Malaysia, terutamanya pelajar universiti. Hal ini melambangkan pemerkasaan, tanggungjawab kewangan, selangkah ke arah gaya hidup yang bertanggungjawab bersesuaian dengan kumpulan sasar kami. Kad ini berfungsi sebagai kaedah inventif terhadap pemerkasaan kewangan yang membolehkan pelajar menguruskan wang mereka dengan lebih berkesan. Hal ini juga merupakan tujuan utama Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa, dan untuk mengembangkan lagi kejayaan musim pertama ini, kami telah melancarkan kempen Musim 2, yang berlangsung sehingga 14 Januari 2024. Untuk Musim 2, pelajar yang menggunakan Kad Debit-i RHB MySiswa berpeluang memenangi hadiah dan pulangan tunai yang lebih menarik, iaitu pemenang utama bakal membawa pulang sebuah Perodua Axia 1.0 SE,” kata Dato’ Adissadikin.

“Bersama-sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, kami akan terus memperkukuh usaha kami ke arah keterangkuman kewangan dan memperkasakan generasi muda melalui inisiatif seperti Kempen Keistimewaan Kad Debit-i RHB MySiswa,” tambah Dato’ Adissadikin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.