Oleh Rasoul Manan
21 Oktober 2023, 11:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Semporna – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah turun padang dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), “Program Dekat Padamu Sabah 2023” di Kampung Pulau Bum-Bum dan Kampung Bugaya pada 19 dan 20 Oktober yang lepas.

Pada hari pertama, HASiL telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum dengan menghulurkan bantuan sebuah komputer riba, televisyen, projektor, dan bahan bacaan bagi perpustakaan serta wang tunai sebanyak RM 5000.00.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam, Pengarah HASiL Sabah kepada Encik Mokhtar Makling, Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang mewakili Encik Rozali Datuk Haji Melali, Guru Besar Sk Pulau Bum-Bum.

Dalam ucapan beliau berkongsi pengalaman kerjaya dan memberi kata-kata semangat kepada semua murid agar menjadi insan yang berjaya serta berguna untuk negara sekali gus mengharumkan nama Kampung Bum-Bum yang juga merupakan tempat kelahirannya.

YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam (kanan) menyerahkan sumbangan bernilai RM5000.00 kepada Tuan Haji Abdul Raha Haji Jakaralullah, Imam Masjid Imam Halilullah Kampung Bum- Bum sambil disaksikan oleh Ketua Kampung Tuan Haji Mabantok Haji Sali (tengah).

HASiL turut menyantuni Masyarakat tempatan dan Jemaah Masjid Imam Hailullah Kampung Pulau Bum-Bum dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM 5000.00 dan seunit penyedut hampagas serta keperluan lain. Majlis telah dihadiri oleh 50 orang penduduk kampung Bersama-sama Ketua Kampung, Tuan Hajima Mabantok dan Imam Masjid, Tuan haji Abdul Raha.

Selain itu, pada masa yang sama, program CSR Marin di sekitar Semporna juga telah dijalan oleh pasukan penyelam HASiL yang diketuai oleh Encik Ahmad Khairuddin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan HASiL merangkap Presiden kelab Penyelam HASiL.

Program CSR ini dijalan di pulau-pulau tumpuan pelancong sekitar Semporna meliputi Mataking, Pandanan dan Tampi-tampi yang bertujuan memelihara serta memulihara ekosistem marin. Acara kemuncak program adalah menurunkan sebuah tukun tiruan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk hajah Lajah Alam dan diharapkan dapat meningkat kadar pertumbuhan hidupan laut di sekitar Pulau Bum-Bum.

YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam (duduk, tengah) bergambar bersama pasukan penyelam HASiL sempena Program CSR Marin yang diketuai oleh Encik Ahmad Khairuddin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan HASiL merangkap Presiden Kelab Penyelam HASiL (duduk, kiri).

Seterusnya, pada hari kedua program CSR telah menyantuni warga Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Pertubuhan Dalam Komuniti (PPDK) Kampung Bugaya. Program ini dihadiri seramai 60 orang pelatih PPDK Bersama-sama dengan penjaga.

HASiL telah menyumbangkan sejumlah RM 20 000.00 untuk kegunaan pihak pengurusan PPDK dalam urusan harian serta kelengkapan asas bagi pelatih. Turut hadir adalah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Semporna, Puan Razwah Raham dan Pengerusi PPDK Bugaya, Puan Ummai Salmah Abdul Karim.

YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM20 000.00 kepada Puan Ummai Salmah Abdul Karim, Pengerusi PPDK Bugaya (empat dari kiri) sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan OKU dan disaksikan oleh Encik Ismail Ibrahim (pertama dari kanan), Puan Halimah Kiamsin (dua dari kanan) serta Tuan Hj Marisa @ Mohd Risa Gabot (tiga dari kanan).

Secara keseluruhan program ini membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab HASiL tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai semata-mata, malahan berperanan membantu Masyarakat menerusi program kesedaran dan Pendidikan cukai sekali gus mampu memberi kesan kepada peningkatan pematuhan cukai secara sukarela seiring aspirasi Malaysia MADANI.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.