Diterbitkan pada 11 Februari 2023, 14:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi kenyataan media yang dikeluarkannya pada hari ini ingin menarik perhatian majikan berhubung tanggungjawab menyediakan dan menyerahkan penyata saraan EA (sektor swasta) dan EC (sektor kerajaan) pekerja bagi tahun 2022 kepada pekerja sebelum atau pada 28 Februari 2023.

Perkara ini menjadi kemestian kepada majikan mengikut peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) untuk menyerahkan penyata saraan EA dan EC ini setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada HASiL dalam tempoh yang ditetapkan.

Justeru, para majikan boleh mencapai Nota Penerangan E 2022 melalui Portal HASiL www.hasil.gov.my atau pautan pantas seperti berikut: https://www.hasil.gov.my/media/csthpo0v/nota_penerangan_e2022.pdf

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/public.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi