Oleh Abd Razak Osman
27 Ogos 2023, 16:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Program Jualan Agro Madani di Negeri Kedah berjaya mencatatkan nilai jualan RM2.155 juta dari bulan Januari hingga Ogos 2023 di 111 lokasinya dengan pelibatan sebanyak 1097 orang usahawannya.

Pengarah FAMA Negeri Kedah, Zuriana Mat Adam berkata, program ini banyak memberi manfaat kepada usahawan untuk terus memajukan diri dalam bidang ekonomi.

Program Jualan Agro Madani dapat menawarkan penjimatan harga antara lima peratus hingga 30 peratus barangan segar berbanding dengan harga pasaran. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat termasuklah yang berada di kawasan bandar dalam menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Bersempena dengan program kali ini, FAMA juga menyampaikan sumbangan bantuan kepada beberapa orang usahawan muda yang berminat dalam bidang perniagaan.

Zuriana Mat Adam menyampaikan bantuan kepada Idayu Ishak (tengah).

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Kebajikan Peserta Pasar Tani, Sungai Petani kerana memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program tersebut.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-66 tahun, pelbagai acara menarik diadakan, termasuk penyampaian percuma Putu Mayung Jalur Gemilang, Pertandingan Pakaian Kanak-kanak Merdeka, Cabutan Bertuah hadiah buah manggis dan rambutan, Kuiz Kemerdekaan dan hias Jalur Gemilang di gerai Pasar Tani.

Zuriana Mat Adam (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama pemenang peserta Pertandingan Pakaian Kanak-kanak Merdeka.

Untuk rekod, Pasar Tani Sungai Petani ditubuhkan pada tahun 1985. Terkini, pasar tani tersebut mempunyai peserta sebanyak 83 orang usahawan dan terlibat secara langsung dalam Program Jualan Agro Madani.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.