26 Ogos 2023, 17:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian McFeeters mengumumkan komitmen pelaburan RM100 bilion AS ke Malaysia dalam tempoh 18 bulan membuktikan keyakinan pelaburan antarabangsa khususnya AS terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul memberikan kenyataan di laman media sosial rasmi beliau, hari ini.

Pelaburan besar ini melibatkan bidang segmen pusat data, elektronik dan semikonduktor. Menurut Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul, sehingga kini hampir 70 peratus pelaburan AS adalah dalam sektor elektrik dan elektronik atau dikenali sebagai E&E. Antara pelaburan besar daripada syarikat di AS termasuklah RM30 bilion oleh Intel dan RM14.6 bilion oleh Texas Instruments.

Pelaburan AS juga telah mewujudkan sebanyak lebih 300 000 peluang pekerjaan sejak tahun1980. Tengku Datuk Seri Zafrul menyatakan bahawa 86 peratus daripada pekerjaan yang diwujudkan daripada pelaburan AS telah diisi oleh rakyat Malaysia termasuklah dalam bidang kejuruteraan serta bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

MITI juga bakal melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu atau NIMP 2030 yang bertujuan untuk menambah baik landskap pelaburan di Malaysia selain melancarkan perjalanan pelabur.

Selain itu, jelas beliau lagi tindakan kerjasama pelaburan antara Malaysia dengan pihak AS dan juga pelabur asing yang lain akan diteruskan kerana hal tersebut nyata dapat memajukan industri serta meningkatkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.