23 Ogos 2023, 14:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – RHB Banking Group menjadi penaja platinum eksklusif dalam Matta Fair yang akan berlangsung pada awal September depan seperti yang diumumkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Timbalan Presiden MATTA , Sheikh Awadh Sheikh Abdullah berkata, ahli MATTA dan rakan kongsi boleh menantikan peluang menarik, perkhidmatan yang dipertingkatkan dan penyelesaian kewangan khusus yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka melalui kerjasama ini.

“Penyertaan itu sejajar dengan kedudukan MATTA yang merupakan penggerak bagi memacu landskap industri pelancongan di negara ini selain dapat menyumbang kepada kejayaan dalam acara MATTA Fair yang akan datang,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel hari ini.

Semasa pameran MATTA Fair berlangsung, RHB Bank akan menawarkan promosi kad yang menarik berkaitan tawaran pelancongan, diskaun serta tawaran pendaftaran di tingkat  3 bahagian gerai utama.

“Kepada mereka yang berhasrat untuk memohon kad debit/-i Visa RHB Multi Currency atau Kad Kredit/-i RHB visa semasa pameran tersebut boleh berkunjung ke tingkat 1,” jelasnya.

Tambah beliau lagi,  pihak MATTA gembira dengan penyertaan RHB Banking Grouping sebagai penaja platinum eksklusif dan berharap agar dengan adanya MATTA Fair ini kedua-dua pihak dapat saling memberi manfaat melalui kerjasama ini.

Pada hari itu juga, MATTA Fair akan mengadakan cabutan bertuah, iaitu 10 keping baucar pelancongan yang bernilai RM100 setiap hari bagi penumpang perkhidmatan bas ulang-alik yang disediakan oleh pihaknya.

Beliau turut menyarankan kepada pelawat agar menggunakan perkhidmatan bas tersebut ke MITEC dari KL Sentral dan Sunway Putra Mall dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam bermula pada 1 hingga 3 September. MATTA fair akan berlangsung selama tiga hari di pusat pameran dan perdagangan antarabangsa Malaysia (MITEC) dan akan bermula sewal jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB Bank Bhd., Jeffrey Ng Eow Oo berkata bahawa pemegang Kad Debit/-i Visa Rhb Multi Currency atau Kad Kredit /-i RHB Visa boleh menikmati diskaun sehingga 60 peratus bagi tiket penerbangan dan penginapan hotel.

Menurutnya lagi, tawaran itu hanya boleh diperoleh melalui membeli pakej pelancongan dengan rakan kongsi peniaga pelancongan pihaknya di MATTA Fair dan pelancong juga boleh melakukan perjalanan dengan tenang semasa percutian mereka.

Ujarnya, dengan adanya Kad Debit/-I Visa RHB Multi Currency membolehkan seseorang itu berurus niaga dengan Ringgit Malaysia dan 16 mata wang asing, dengan itu menghapuskan keperluan untuk menguruskan wang tunai yang berlebihan dan yang paling penting pelancong dapat melancong dengan tenang semasa percutian mereka.

Beliau juga turut menjelaskan tujuan RHB adalah untuk menyokong pemulihan industri hospitaliti dan pelancongan tempatan dengan menghubungkan rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam MATTA Fair untuk membantu meningkatkan jualan dan memaksimumkan hasil.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.