17 Ogos 2023, 16:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lahad Datu – Satu Majlis Perasmian Pejabat Satelit Lahad Datu dan penyampaian sumbangan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah diadakan di Blok A, Harbour Town, Jalan Pantai, Lahad Datu, Sabah.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Pegawai Daerah Lahad Datu, YBrs. Tn. Firuz Idzualdeen @ Benetty B. Mohd. Dzul, barisan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, barisan pengurusan tertinggi HASiL dan tetamu jemputan sekitar Lahad Datu.

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapan perasmiannya berkata, dalam usaha memperkukuh peranan serta fungsi HASiL, kewujudan Pejabat Satelit HASiL ini sangat penting sebagai medium penghubung antara kerajaan dengan penduduk setempat, khususnya dalam penyediaan pelbagai perkhidmatan percukaian dan khidmat nasihat kepada komuniti serta para penduduk yang tinggal jauh dari pejabat utama HASiL sekali gus memastikan elemen kesedaran, pendidikan dan perkhidmatan (A.E.S) dapat diterapkan dengan lebih efisien kepada para pembayar cukai.

 

YBhg. YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi beramah mesra dengan kakitangan di Pejabat Satelit HASiL, Lahad Datu, Sabah.

Beliau turut menyatakan bahawa hingga 31 Disember 2022 yang lalu, pejabat satelit ini telah berjaya mencatatkan rekod kutipan HASiL sebanyak RM6 544 612.80 pada tahun 2022 dan angka ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan oleh Pejabat Satelit Lahad Datu sepanjang tempoh satelit tersebut beroperasi. Pejabat Satelit ini telah mula beroperasi pada 10 Ogos 2020 dan berfungsi sebagai pusat sehenti HASiL di bawah seliaan Pejabat Lokaliti Tawau.

Selaku pentadbir cukai langsung negara, HASiL turut bertanggungjawab untuk bersama- sama melestarikan aktiviti pembangunan masyarakat setempat seperti program CSR melalui persatuan dan kesatuan. HASiL melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya telah menyampaikan sumbangan CSR berjumlah RM25 000 bagi tujuan pembangunan masjid dan surau di kawasan ini.

Senarai masjid dan surau yang menerima sumbangan daripada HASiL adalah seperti yang berikut:

1. MASJID RAYA LAHAD DATU

Jumlah Sumbangan: RM5000

Nama Pengerusi: Encik Datu Ariffin Jurain

2. MASJID BABUL QHAIR, KAMPUNG KUNAK TIGA, KUNAK

Jumlah Sumbangan: RM5000

Nama Pengerusi: Encik Abdul Kusen Hussen

3. MASJID NURUL IMAN, KAMPUNG SRI BAHAGIA, KUNAK

Jumlah Sumbangan: RM5000

Nama Pengerusi: Encik Herman Hassan

4. SURAU HAJI IMAM SAMBAWA, KAMPUNG ASLI BARU, KUNAK

Jumlah Sumbangan: RM5000

Nama Pengerusi: KK. Abdul She Hj. Imam Madnapi

5. SURAU AS-SAKINAH, KAMPUNG ULU LORMALONG, KUNAK

Jumlah Sumbangan: RM5000

Nama Pengerusi: Encik Mohd Nizzam Huridi

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.